Monday, February 27, 2012

C4NT!K



 cantik, sopan n nice....

S!4-S!A

hari ni sangat2 sakit hati, trasa sangat sia2, sakit hati yg teramat sgt, xtau kenapa bleh rasa sakit sangat smpai cm nie, mmg sakit sangat2, ape yg berlaku kat aku hari ni mmg sangat2 aku tak bleh nk terima, biar la aku sorang je tau ape yg aku lalui hari ni, smpai ke petang ni hati aku masih tak tenang, dah mcm2 bnda da aku buat bg tenangkan diri aku, tapi tak juga berjaya, ape yg aku lalui hari ni hanya aku sorang je tau,dia xde tuk pedulikan aku, tau marah aku balik.

hari ni semua bnda aku lalui sendiri, ibarat aku sendirian hari ni, xde spa menemani aku hari nie, aku mula belajar berdikari, nth mana2 jalan aku ikut hari ni, main redah je, tapi masih dalam area yang aku agak familiar, pg tadi pn ade kemalangan sket yg aku alami, orang langgar belakang kete aku, nasib xde pape, da la tgh feel lonely, kna lak cam tu, sgt2 sedey, aku mcam xnk balik rumah hari ni, tp kemana lg aku boleh pergi, sorang2 kat luar, perempuan lak tu, mcm2 benda buruk boleh berlaku, tp aku tak kisah, xde sape pedulikan aku,

hari betul2 aku rasa sangat nk marah, tak pernah2 aku kuarkan bahasa yg agak kurang ajar ngn sayang aku, tp aku amat2 tertekan, nk libatkan benda yg xde kena mngena langsung dalam hidup kami, sangat2 xbleh terima cara tu, klu asyik berterusan nk ungkit bnda2 tu, mmg hidup tak kan aman, tak terlintas pn aku nk kondem sayang aku ke, nk compare dia ngn orang lain ke, nk agungkan atau menangkan orang lain, tak pernah sama sekali, tp tiap kali ktrang ade masalah isu tu yg dia bangkit kan,

aku betul2 da xbleh sabar smpaikan aku sanggup berkasar ngn dia, ok, aku mintak maaf sbb berkasar, tp tolong la faham, aku tak mulakan pn isu tu, xabis2 isu tu jugak yg nk diungkit, klu aku yg ungkit dengan compare itu ini ok la jugak, ni tba2 isu tu yg nk dikaitkan , aku sgt2 fedup da,

skangni aku da tak tau ape yg perlu aku buat lg, biar la dia amik bnyak mana masa yg dia nk,

Tuesday, February 21, 2012

C4H4Y4 C!N74

Dia telah telah menentukannya

Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu


Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga

Hingga ke alam syurga



Monday, February 20, 2012

C0R374N P4G!

hati ni rsa cam gundah gulana la, adey, npe la jd cam nie, tgh dok syok2 n tenang pk kan majlis paling penting dalam kehidupan setiap insan, tiba2 ade jugak perasaan gundah gulana nie, adey, abah2,,,, npe la abh ni cepat risau sangat ye, cakap da nk kawin pn masih ade bnda yg boleh buat dia susah hati, boleh pulak suh ktrang cepat2 kan majlis supaya dia lapang dada... mcm mna nk cepatkan majlis... dlm porses kumpul duit kot.mna sempat nk buat secepat yang mungkin, skang ni pn masih blur lg ape yg nk prepared dlu, slagi benda penting tak settle ssh nk cepat2 kan majlis, kna bg bnda penting settle dlu, harap2 semuanya berjalan dengan lancar, kita harus merangcang dengan teliti bagi memudahkan semua urusan ni, insyaallah, diberkati allah.. niat baik nk kawin, harap semunya ok....

semalam g jalan2 times square pas balik dari JB, g tgk2 baju, carik2 idea, tp last2 xde pn yg berkenan, ssh la, kna ade perunding jugak ni, so ikut je la plan mmb umah, biar dia tentukan, harap2 cantik....

minggu depan nk g karnival pengantin lak, mayb kat ctu ade bnyak idea yg boleh cpyright...n tgk price cam na, klu berpatuttan, amik yg PROFESIONAL la, kna servey2 dlu, biar puas ati,..nasib baik la dapat sokongan n pandangan dr MR Honey.. nasib dia x bnyak complain,dan boleh berbincang setiap apa yg disuarakan, tq dear..... luv u so much,

Wednesday, February 15, 2012

F33D B4CK P0S7 B3F0R3

ni feedback post sebelumnya, ni ape yg aku rasa n aku alami la, tak semua orang sama... juz sebagai perkongsian...


2. Tuk point pertama ni xsemestinya sbb pe yg aku alami sangat berbeza. Mmg dia sering ungkapkan kata sayang dalam masa yg sama dia berikan komitment untuk sehidup dan semati.

3. Point ke dua ni pn tak betul, sbb nya, mmg dia selalu menghubungi aku tak kira masa, tempat dan dalam masa yg sama bila aku memerlukannya dia sentiasa berada disisiku.

4. Point ketiga ini pula, ni pn tidak sbbnya dia da pn melamar aku, p-)

5. Point ke empat ini pula, klu hanya sekadar nafsu, dia tidak akan mengajak anda berkahwin, betulkan?

6. Yg ke 5 ni pula,kdg2 ye, kdg2 tak.sbb nye kdg2 dia ngaku jugak slh dia, give n take la.

7. Point ke enam ni pn tak jugak sama sekali, sbbnye stakat ni dia ikut ape je yg kita inginkan. Pendek kata semuanya sanggup.harap sanggup smpai bila2,

8. Point ketujuh ni pula, xkot, sbb dia sangat tau apa yg dia inginkan dan dia akan dapatkan. Contoh camna dia cuba tuk dapatkan orang yg dia sayangkan. Dan dia sangat2 menghargainya.

9. Hehhee, point kelapan ni betul kot kat sayang, tp aku tak rse pape pn, suka je,

10. Point ke sembilan ni bukan dikongkong, tp concern. Mayb terlalu sayangkan kita sehinggakan dia jd cam tu.

11. Point ke sepuluh ni lak,so far layanan dia mmg yang TERBAIK..



Friday, February 3, 2012

S17L4 B4C4

baru hari ni berkesempatan bca artickle nie, mmb ofc bagi da lama da, tp tak berkesempatan nk baca, so baru jap td bce nie, tp xsabar nk tgu lunch ni, My Honey nk datang cni lunch skali la jap g,
sila la baca ni, mne tau, kot2 ade yg terkena, tp tuk aku, xde yang terkena, insyaalah,

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.


2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?