Saturday, July 19, 2014

P3d0m4n 1

Pedoman Untuk Suami



"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budaknan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri" http://familiazam.com

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".
"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya".

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".

No comments: