sekiranya adat itu bertepatan dan tidak menyalahi Syariat, maka itu dibolehkan malah dialu2kan. akan tetapi apabila berlaku pertembungan antara adat manusia dengan Syariat Ilahi, maka sewajibnyalah Syariat Ilahi itu diutamakan
SYARIAT ALLAH DIDAHULUKAN, KETAATAN KEPADA-NYA DIUTAMAKAN!
yang wajib dalam majlis nikah ialah ijab kabul yang sah. manakala majlis walimah itu hanyalah sunat. Apabila pernikahan mereka sudah sah, kenapa dihalang pasangan suami isteri tersebut untuk tinggal bersama? bukankah mereka sudah menjadi suami isteri. maka, setiap dari mereka perlu melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan masing2 seperti pasangan yang lain.
Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.
Mengikut Adat Orang Melayu Apabila Mereka Berkahwin,Mereka Cuma Akad Dan Walimahnya Mungkin Dalam Beberapa Tahun Yang Akan Datang Dan Dalam Tempoh Tersebut Mereka Tidak Boleh Melakukan Hubungan Suami Isteri Kerana Ditakuti Akan Menghilangkan Seri Pengantin Atau Ditakuti Mengandung Semasa Diatas Pelamin.
Adat Ini Bertentangan Dengan Islam Kerana Apabila Seseorang Itu Sudah bernikah,Wajib Bagi Isterinya Memenuhi Keinginan Suaminya Untuk Melakukan Hubungan Badan. Masalah dalam masyarkat kita hari ini kadang2 kita melebih2kan adat dari tuntutan Syariah. kita lebih menjunjung adat dari menjunjung agama yang suci. sedangkan adat itu hanyalah khayalan manusia yang akhirnya seolah2 didokumenkan melalui amalan turun temurun. walhal, Syariah itu datangnya dari Raja segala raja iaitu ALLAH S.W.T. Jadi kenapa kita sanggup menggunapakai adat yang lahir dari pemikiran manusia dan meninggalkan tuntuhan Ilahi yang maha Suci???
Astaqfirullahalazim....
Sabda Junjungan Besar saw
"Jika Si Isteri Dipanggil Oleh Suaminya Kerana Perlu,Maka Supaya Segera Datang,Walaupun Dia Sedang Masak"
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi,Hadis Hasan)
Dr Yusuf Al-Qardhawi Mengatakan:-
Dianjurkan Oleh Nabi saw supaya si Isteri Jangan Sampai Menolak Kehendak Suaminya Tanpa Alasan yang Dapat Menimbulkan Kemarahan Atau Menyebabkan Menyimpang Ke Jalan Yang Tidak Baik.Atau Membuatnya Gelisah Dan Tegang.
Rasulullah saw Bersabda Lagi:-
"Jika Suami Mengajak Tidur Si Isteri Lalu Dia Menolak,Kemudian Suaminya Marah Kepadanya,Maka Malaikat Akan Melaknat Dia Sampai Pagi"
(Muttafaqun Alaih)
astaqfirullah....
ya allah..kau jauhkan la aku dri menjadi seorang isteri yang ingkar...
izinkan lah aku untuk menjadi seorang isteri yg taat dan patuh kepada suami ku...
amin...